PEMURNIAN ITEM SOALAN SETARA 1 PENDIDIKAN ISLAM DAN j-QAF DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2010

4 April 2010, SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, seramai 42 orang Jurulatih Panitia Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi telah berkampung di sini bagi melaksanakan Pemurnian Bina Item, Soalan Setara 1, Pendidikan Islam bagi Daerah Kota Tinggi Tahun 2010. Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi dan Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa j-QAF Daerah Kota Tinggi kerana dapat menghasilkan Modul Item Soalan Setara 1 Pendidikan Islam dan j-QAF Daerah Kota Tinggi. Semuga usaha murni ini mendapat manfaat serta dikurniakan ganjaran yang berganda-ganda.

 

Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa  j-QAF Daerah Kota Tinggi

bergambar kenangan bersama Ketua Unit Pendidikan Islam, PPD Kota Tinggi (Ustaz Jalaluddin bin Haji Mispan @ Mislan), Penyelia Pendidikan Islam  PPD Kota Tinggi (Ustazah Jahlelawati bt Haji Khairan) dan Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi merangkap Guru Besar SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi (Pn. Hajjah Aziah bt Samsudin) semasa Pemurnian Bina Item Soalan Setara 1 Pendidikan Islam dan j-QAF Daerah Kota Tinggi.

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.