IHYA' RAMADHAN

 
16 Sept. 2009M bersamaan dengan 26 Ramadhan 1430H, Majlis Khatam al-Quran peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi telah diadakan di PPD Kota Tinggi dengan meriahnya. Seramai 42 orang Pegawai dan staf telah terlibat dengan majlis tersebut. Semua Pegawai dan staf PPD Kota Tinggi telah turut serta bertadarus sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini bermula dari 24 Ogos 2009M bersamaan dengan 3 Ramadhan 1430H sehingga selesai pada 8 September 2009M bersamaan dengan 18 Ramadhan 1430H. Dengan suasana yang meriah, majlis ini dapat berjalan dengan jayanya. Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah telah mengakui serta menandatangani Pengiktirafan Program Tadarus al-Quran bagi tahun ini. Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan majlis ini, semuga semuanya menperolehi kesejahteraan dan keberkatan Ramadhan... Amin.

 

Tn. Hj. Mohd Zakaria bin Yusof (PPD Kota Tinggi) sedang mengetuai Kumpulan 1 Tadarus al-Quran

 
14 Sept. 2009 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1430H, SMK Seri Aman, Kota Tinggi : Satu Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran serta Majlis Tazkirah, Iftar dan Solat Tarawikh peringkat Warga Pendidikan Daerah Kota Tinggi telah diadakan bermula dari jam 3.00 petang sehingga 10.30 malam. al-Hamdulilah penyertaan dari semua warga pendidikan khususnya dari Zon Sedili amat menggalakkan.
 
Dengan kehadiran al-Fadhil Ustaz Hj. Hanafiah (Pegawai Jabatan Mufti Negeri Johor) penceramah jemputan yang tidak asing lagi bagi warga pendidik di daerah ini dapat menyerikan lagi majlis yang diadakan. Dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan, semuga semua yang hadir mendapat manfaat darinya.. InsyaAllah...

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.