IBADAT QURBAN

 

 

 

BUAT PERTAMA KALINYA Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi telah berjaya mengadakan Majlis Ibadat Korban bagi Tahun 1430H yang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Zulhijjah 1430H bersamaan dengan 27 November 2009 di Dewan Seri Warisan, Kota Tinggi. Seramai lebih 30 orang pegawai dan kakitangan PPD Kota Tinggi turut serta dalam Majlis tersebut. Majlis yang julung kalinya diadakan ini mendapat sambutan dan reaksi yang sangat baik dari Tuan Pegawai Pelajaran Daerah sendiri, Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusuf yang turut serta menyertai ibadat korban bersama isteri dari awal majlis sehingga ke akhirnya. Tahniah diucapkan kepada Badan Kebajikan PPD Kota Tinggi, semua pegawai dan kakitangan PPD Kota Tinggi dan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ibadat korban kali ini. Semuga usaha murni ini mendapat keredahaan dari Ilahi dan perhatian serta diharapkan agar lebih lagi penyertaan pada masa akan datang. TAHNIAH sekali lagi...

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.