Webnode

 

MISI KORBAN, AKIKAH & BANTUAN PENDIDIKAN

KEMBOJA 2012

Pihak Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Cawangan Johor dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor menganjurkan misi Korban, Akikah dan Bantuan Pendidikan Kemboja 2012.

Misi ini bertujuan untuk membantu rakyat Kemboja yang beragama Islam untuk menikmati hidangan Hari Raya Aiduladha dan juga menyampaikan bantuan pendidikan kepada kanak-kanak di sana.

Misi ini akan dijalankan pada 25 Oktober ini dan berharap dapat mengumpulkan seberapa banyak lembu untuk dikorbankan.

Berikut adalah senarai bantuan yang diperlukan:

Satu bahagian lembu korban/akikah : RM270.00

Seekor lembu : RM1890.00

Satu bahagian Pam Air : RM100.00

Bantuan Pendidikan : RM50.00

Bayaran boleh dilakukan dengan memasukkan duit dalam akaun PEKDIS (01041010028008 - Bank Islam Cawangan Tampoi) dan menyerahkan salinan slip kemasukkan wang serta borang penyertaan ke Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor atau Unit Pendidikan Islam, PPD Kota Tinggi.

Tarikh Tutup: 19 Oktober 2012

Sila hubungi :

1. Ustaz Jalaluddin bin Haji Mispan @ Mislan (013-7575812)

2. Ustaz Maizatul Akmam Buhori bin Mohd Ali (012-7262321)

3. Ustaz Othman bin Ahmad (019-7514639)

BORANG TALENT GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI JOHOR

Mohon kerjasama semua GPI dan Guru-guru j-QAF Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kota Tinggi mengisi dan melengkapkan Borang Talent GPI Negeri Johor.  Sukacita diingatkan borang tersebut hendaklah dikumpul di peringkat sekolah dalam bentuk soft copy dan hard copy dan kembalikan kepada Unit Pendidikan Islam PPD Kota Tinggi (u.p : Ustaz Othman bin Ahmad) sebelum atau pada 18 Mei 2012 (Jumaat). Tuan/puan boleh memuat turun borang tersebut. Sila klik "DISINI" untuk mendapatkannya.

KENANGAN : NADWAH KEPEMPINAN ISLAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

NADWAH KEPEMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR TELAH DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA PADA 28 HINGGA 30 JULAI 2011 YANG LALU DI PUSAT KOKURIKULUM NEGERI JOHOR CAWANGAN KOTA TINGGI DI SK JOHOR KAMPONG, KOTA TINGGI. TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN NADWAH KALI INI. MOGA ALLAH JUA YANG MEMBALAS AKAN JASA BAIK KITA SEMUA.

SILA KLIK "DI SINI" UNTUK DAPATKAN GAMBAR MENGENAINYA.

SILA KLIK "DI SINI" UNTUK MENGETAHUI PESERTA YANG BERJAYA MEWAKILI NEGERI JOHOR KE PERINGKAT KEBANGSAAN PADA BULAN SEPTEMBER 2011 DI NEGERI SEMBILAN. TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERPILIH. BUAT YANG TERBAIK UNTUK MENAIKKAN NAMA NEGERI JOHOR.

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.

Free Shopping Cart Webnode