PERLUASAN SEKOLAH j-QAF TAHUN 2011
23/02/2011 14:35Alhamdulilah, Daerah Kota Tinggi telah diberi peluang untuk memperluaskan sekolah j-QAF bermula pada 21 Feb. 2011. Dimana seramai 14 orang guru PLBS dari pelbagai Institusi Pendidikan telah melapor diri ke sekolah-sekolah yang telah di tetapkan. Tahniah kepada semua guru-guru baharu agar dapat terus menabur bakti demi anak bangsa kerana ALLAH. Mudah-mudahan segala usaha dan ikhtiar dalam mencernakan kecemerlangan akan dapat disemai sepanjang perkhidmatan. Sehubngan itu, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi, akan sentiasa bersedia membantu dalam memburu keunggulan demi kecmerlangan dan kegemilangan bersama. Pelbagai program yang telah dirancang sepanjang tahun ini akan sedikit sebanyak membantu mereka yang telah bersedia menabur bakti. Berikut adalah sekolah-sekolah perluasan j-QAF bagi tahun 2011 :
1) SK LKTP Tenggaroh Selatan
2) SK Teluk Hutan Lesung
3) SK Sempang
4) SK Kampung Layau
5) SK Panchor
6) SK Kampung Baru Pasir Gogok
7) SK Sungai Papan
8) SK Petri Jaya
9) SK Punggai
10) SK Lepau
11) SK Tanjung Buai
12) SK Telok Sengat
13) SK Tanjung Surat
14) SK Johor Kampung
Tags:
———
Back