Lawatan Kerja ke SK Pulau-pulau Negeri Johor

24/05/2011 07:58

Mersing, 18 hingga 20 Mei 2011, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan Lawatan Kerja ke Sekolah-sekolah Pulau di Mersing, Johor. Rombongan seramai 12 orang pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor dengan disertai seorang wakil masing-masing dari Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing. Lawatan kerja berfokus kepada Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Pengurusan Sistem Fail Panitia dan Pengurusan Program Dakwah di Sekolah (MAKDIS). Sebanyak 4 buah sekolah-sekolah di pulau sekitar Daerah Mersing iaitu SK Pulau Sibu, SK Pulau Tinggi, SK Pulau Aur dan SK Pulau Pemanggil terlibat dalam program ini. Alhamdulilah semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada semua pegawai kerana berjaya menyelesaikan misi ini. Semoga semuanya akan diberkati dan diganjari... Amin..!

 

SK Pulau Sibu

Bersama rakan-rakan pegawai dari SPI, JPN dan PPD Johor Bahru

SK Pulau Tinggi

Bangunan lama SK Pulau Tinggi

SK Pulau Aur

Berlatarbelakang bangunan lama SK Pulau Aur

SK Pulau Pemanggil

Bersama sebahagian rakan-rakan pegawai pemantau dari SPI, JPNJ, PPD Mersing dan PPD Johor Bahru

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.