PEKDIS DAERAH KOTA TINGGI 2010
Ahli Jawatankuasa PEKDIS Daerah Kota Tinggi 2010
PERTUBUHAN DAKWAH ISLAMIAH SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA (PEKDIS) DAERAH KOTA TINGGI telah mengadakan Mesyuaratnya kali pertama peringkat Daerah Kota Tinggi pada 28 Januari 2010 (Rabu) di SK Datuk Ismail Saadon, Kota Tinggi. Seramai 20 orang AJK PEKDIS Daerah Kota Tinggi telah menghadiri mesyuarat tersebut. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang tahun 2010 demi keunggulan dan kegemilangan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah tercinta ini. Semuga segala program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun dalam keadaan "Budjet Berhemah". Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi ingin merakamkan ucapan "Tahniah" kepada semua AJK PEKDIS Daerah Kota Tinggi di atas kerjasama, buah fikiran serta pandangan dalam menggarap kecemerlangan di daerah Kota Tinggi. Semuga PEKDIS Kota Tinggi akan terus berbakti kerana ALLAH swt. Mudah-mudahan semuanya akan diberkati olehNya... Amin !
Sila layari blog PEKDIS Kota Tinggi di alamat seperti :
https://www.pekdiskt09.blogspot.com
untuk dapatkan lagi maklumat mengenai
PEKDIS Kota Tinggi.
"Sepakat Membawa Berkat"
AJK PEKDIS Daerah Kota Tinggi sedang bermesyuarat.