khat NASAKH______________________________________________________

Webnode

 

Pengenalan

Khat Nasakh merupakan antara khat yang paling lama mendominasi aktiviti penulisan. Ini dapat dibuktikan dalam dalam hasil karya seni terutamanya dalam penulisan mushaf Al-Quran semenjak zaman Kilafah Islamiah terutamanya pada zaman pemerintahan khilafah Uthmaniah Turkiah. Hingga kini khat ini masih lagi digunakan bahkan ianya terus berkembang menjadi tulisan pilihan utama di dalam sektor pendidikan baik di peringkat rendah mahupun di peringkat menengah atau tinggi. Oleh itu, pelbagai usaha yang berkesan perlu diwujudkan bagi memantapkan lagi pendidikan tulisan ini. Dalam konteks ini, pendekatan dalam kaedah penulisan yang baik perlu diwujudkan serta dilakasanakan bagi menjayakan hasrat murni ini.

 

Kaedah Penulisan Khat Nasakh

Pertama : Asas Umum Penulisan Khat Nasakh 

  1. Potongan Mata Pen
  2. Condong mata pen di atas kertas (semasa menulis) ialah 70 ke 75 darjah (dari garis lintang).
  3. sistem titik penuh dalam khat nasakh :
    • ditulis sebesar ukuran tulisan asal
    • tidak terlalu rapat
    • ditulis dengan meletak sepenuh mata pen dari awal hingga akhir
    • ditulis dari atas ke bawah dengan condong ke arah kiri ke kanan dengan kadar condong mata pen 45 darjah.
    • Semasa membuat ukuran sesuatu huruf, titik ukuran di tulis dalam dua cara; dari kiri ke kanan atau dari atas ke bawah
  4. sistem separuh titik (kiri atau kanan) : 
    • Letak sepenuh mata pen di atas kertas.
    • Angkat bahagian hadapan mata pen
    • Gerakkan bahagian belakang mata pen ke bawah (sebelah kanan)
    • Tolak bahagian belakang mata pen ke sebelah atas hingga menyentuh lakaran bahagian atas mata pen tadi.
  1. sistem separuh titik (atas atau bawah) :
  2. Ditulis mengikut kadar condong mizan perkataan (35 – 30 darjah dari garis lintang)
  3. Letak sepenuh mata pen di atas kertas.
    • Angkat bahagian belakang mata pen
    • Gerakkan bahagian hadapan mata pen ke bawah (sebelah kanan)
    • Tolak bahagian hadapan mata pen ke kiri hingga menyentuh lakaran bahagian bawah mata pen tadi.

Kedua : Asas Penulisan Huruf Nasakh

  1. Huruf di atas dan di pertengahan garisan;
    • Secara asas huruf Nasakh ditulis dalam dua bentuk; di atas garisan dan di pertengahan garisan.
    • Kedudukan huruf ini boleh berubah, di mana kadang-kadang ianya berada di atas atau di bawah sedikit dari kedudukan asal.
  2. Titik-titik huruf adalah bersambung iaitu bagi dua titik dan tiga titik (hanya titik berkembar sahaja).
  3. pembahagian kaedah pengajaran huruf sebagai berikut:
    • mengikut urutan alif ba.
    • Mengikut bentuk huruf : tegak, mendatar, melengkung, separa bulatan, berekor, bersegi dan bergigi.
    • Mengikut urutan mantiq (dari mudah kepada susah)

Ketiga : Kaedah Pengajaran Berdasarkan Bentuk Huruf.

Bentuk Pertama      :           Bentuk Huruf Menegak (ا , ك , ض , ل )

Bentuk Kedua        :           Bentuk Huruf Mendatar ( ب , ت , ت , ف ,ف )

Bentuk Ketiga         :           Bentuk Huruf Melengkung ( ن , ث , ق , ي )

Bentuk Keempat    :           Bentuk Huruf(ج , ح , خ , ح , ع , غ , ع ) Separa Bulatan

Bentuk Kelima        :           Bentuk Huruf Berekor (ر, ز , و , ؤ )

Bentuk Keenam     :           Bentuk Huruf Bersegi ( د , ذ , م , ه , ص , ص , ط , ظ )

Bentuk Ketujuh      :           Bentuk Huruf Bergigi ( س , ش )

 

Bentuk Pertama : Bentuk Huruf Menegak (ا , ك , ض , ل دان لا )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Ditulis dari atas ke bawah. (huruf tunggal)
  • Condong batang huruf ini ialah separuh titik. (huruf tunggal atau bersambung)
  • Huruf ا :

ü      Pangkal bawah huruf Alif bersambung ada dua bentuk.

ü      Hujung atas huruf ini ada tiga bentuk.

  • Huruf ك , ض :

ü      Ada satu jenis sahaja (tunggal)

ü      Dimulakan dengan menulis kepala sebesar satu titik.

ü      Bahagian bawah kaf mendatar sepanjang tiga titk dan bertaring di akhirnya.

ü      Kaf di awal perkataan :

o       Ada tiga jenis.

o       Kaf mufradah (كاف مفردة) bertaring, melengkung seperti huruf dal dengan kadar lengkungan dua titik dan tiga titik bagi tinggi lengkungan tadi.

o       Bahagian bawah kaf (tapak) ada dua bentuk; mendatar dan melengkung

o       Kaf Mabsutah (كاف مبسوطة)ditulis awal perkataan secara wajib jika berulang kaf sebanyak dua kali dalam satu perkataan (bersambung kaf dengan kaf). (lihat grafik bagi melihat bentuk, kaedah penulisan dan ukuran)

 

ü      Kaf di tengah perkataan :

o       Ditulis dalam dua bentuk seperti di awal perkataan juga.

o       Kaf mabsutah jarang digunakan dalam penulisan.

ü      Kaf di akhir perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian ciri atau bentuk dalam kaf tunggal.

o       Tapaknya seperti lengkungan huruf ba, mempunyai kelainan sedikit pada akhir (ekor).

o       Hamzah kaf ditulis didalam kawasan lengkungan kaf (seakan-akan menyentuh akhir tapak kaf).

o       Hamzah ini juga berlainan dengan hamzah qat' (همزة القطع اتاو همزة الكلمة)

  • Huruf  ل  :

ü       Lam tunggal :

o       Ada dua jenis lam : Lam mufradah

(لام مفردة)dan Lam Mabsutah (لام مبسوطة).

o       Lam mufradah ditulis dengan kaedah taulid; mengekalkan sebahagian sifat kaf (kepala dan tiang).

o       Lengkungan pada perut lam sama dengan lengkungan pada huruf-huruf nun, nya, qaf dan huruf-huruf yang mempunyai lengkungan yang sama dengannya. (lihat grafik bagi melihat bentuk, kaedah penulisan dan ukuran)

o       Lam mabsutah jarang digunakan.

ü      Di awal perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian bentuk asal (dibuang lengkungan sahaja).

o       Ada dua jenis lam :                                                    

i.      Lam tegak

ii.      Lam melengkung  – ditulis bila bersambung dengan huruf-huruf seperti huruf ح , خ , ج دان ح 

ü      Di tengah perkataan :

o      Ditulis dalam dua bentuk :

i.      Ditulis hingga ke garisan utama tulisan

ii.      Ditulis melepasi garisan utama tulisan. Ini sekiranya lam merupakan huruf kedua akhri dalam perkataan, bersambung dengan huruf-huruf tertentu seperti huruf lam, ya dan ha. 

ü      Di akhir perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan saiz dan bentuk asal (hanya kepala di buang)

o       Lam mabsutah amat jarang digunakan pada akhri perkataan.

  • Huruf     لا  :

ü      Ada dua jenis

ü      Lamalif …. lebih banyak digunakan berbanding Lamalif….

ü      Huruf tunggal :

o      Ditulis dengan kaedah taulid huruf lam tunggal (kepala lam) dan lam bersambung (di awal perkataan).

o      Meletakkan pen selari dengan permulaan lam dengan kadar jauh dua titik dan kadar rendah berbanding lam tadi satu titik.

o      Tolak pen ke atas dengan sendeng ke kiri kemudian buat pusingan U.

o      Turun ke bawah dengan sendengan ke kanan sehingga menyilang tiang lam pertama tadi pada bahagian bawah.

o      Berhenti bila silangan sudah berada selari dengan tiang lam pertama.

o      Tolak pen terus ke kiri sehingga menyambung silangan tadi dengan kadar dua titik.

ü      Di tengah dan di akhir perkataan :

o      Ditulis sebagaimana huruf lam (sebahagian sahaja- tiang).

o      Turunkan mata pen selari dengan tiang lam dengan jarak satu setengah titik.

o      Keluar perlahan-lahan dengan menolak pen ke sebelah kiri (bawah) supaya tiang tadi kelihatan besar (bengkak) dari bahagian bawah.

o      Teruskan menulis dengan mengambil kaedah taulid huruf ra dalam Khat Diwani.

o      Hujung bahagian bawah yang tajam mestilah kebawah sedikit daripada huruf sebelumnya dengan kadar setengah titik (mizan condong terbentuk)

 

Bentuk Kedua : Bentuk Huruf Mendatar( ب , ت , ت , ف ,ف )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Persamaan pada setiap huruf ini ialah pada bahagian rongga perut.
  • Titik ba diletakkan di hujung separuh pertama bahagian huruf ba (bawah rongga)
  • Huruf ba, ta dan tha (tunggal) :

ü      Ada dua jenis sahaja (tunggal)

ü      Dimulakan dengan menulis kepala sebesar taring dengan kadar panjang satu setengah titik manakala saiz lengkungan taring ialah sepertiga titik .

ü      Kaedah sambungan taring dengan lengkungan perut bawah

ü      Lengkungan perut ini boleh memuatkan 4 titik. Di sini kaedah turun naik huruf ditekankan (rongga perut); bahagian yang turun lebih panjang jaraknya daripada bahagian yang naik.

ü      Pastikan hujung huruf ba sama paras dengan permulaan ba (taring)

ü      Ba, ta dan tha  ب , ت , ت   di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf 

o       Bentuk ini berubah-ubah bergantung kepada huruf yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak) 

ü      Ba, ta dan tha ب , ت , ت  di tengah perkataan :

o       Keterangan sama seperti di atas.

ü      Ba, ta dan tha ب , ت , ت  di akhir perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian ciri atau bentuk dalam ba tunggal – bahagian rongga sahaja dengan membuat sambungan dalam bentuk taring atau tanpa taring.

  • Huruf fa dan pa  ف دان ف  :

ü       ف دان ف    tunggal :

o       Kepalanya lonjong (bukan bulat)

o       Bersambung secara taulid dengan huruf ba.

 

ü      Di awal perkataan :

o       Tapak huruf ini ada dua bentuk :

i.      Ditulis dengan penuh mata pen

ii.      Ditulis dengan sebahagian mata pen 

 

ü      Di tengah perkataan :

o       Ditulis dalam bentuk lonjong seperti bola ragbi (bukan bulat):

 i.      Ditulis dengan separuh mata pen dari awal hingga akhir – sebelum bersambung dengan badan

 ii.      Bahagian seterusnya ditulis dengan menggunakan sepenuh mata pen.

o       Jarak antara huruf dari kiri dan kanan ialah satu titik.

 

ü      Di akhir perkataan :

o       Kepalanya dituis seperti berada ditengah perkataan.

o       Kemudian membuat sambungan pada lengkungan rongga dengan menggunakan kaedah taulid dengan huruf ba.

 

Bentuk Ketiga : Bentuk Huruf Melengkung ( ن , ث , ق , ي )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Persamaan pada setiap huruf ini ialah pada bahagian lengkung rongga perut.
  • Titik huruf ini diletakkan di bahagian luar lengkungan huruf (atas) dengan kadar satu titik dari paras awal huruf ini ditulis
  • Huruf   ن , ث  (tunggal) :

ü      Ada dua jenis sahaja (tunggal)

ü      Dimulakan dengan menulis kepala bersaiz taring dengan kadar panjang dua titik manakala saiz lengkungan taring ialah separuh titik .

ü      Kaedah sambungan taring dengan lengkungan perut bawah

ü      Lengkungan perut ini boleh memuatkan 2 titik. Di sini kaedah turun naik huruf ditekankan (rongga perut); bahagian yang turun lebih panjang jaraknya daripada bahagian yang naik.

ü      Pastikan hujung huruf ini ditulis rendah daripada paras permulaan dengan kadar satu titik (taring)

ü      Nun mabsutah ditulis menggunakan kaedah yang sama dengan kaedah penulisan taring huruf nun.

ü      Lengkungan huruf ini boleh ditulis sepanjang 13 titik. Manakala kadar tinggi lengkungan ialah dua titik sahaja.

ü        ن , ث  di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk ini berubah-ubah bergantung kepada huruf yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak)

ü        ن , ث  di tengah perkataan :

o       rujuk huruf mendatar (ba).

ü        ن , ث   di akhir perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian ciri atau bentuk dalam keadaan tunggal

o       Sambungan dengan huruf sebelumnya :

i.      Ditulis dengan penuh mata pen atau separuh mata pen

ii.      Kadar tinggi sambungan ialah seperempat titik

  • Huruf  ق  :

ü       ق  tunggal :

o       kaedah penulisan adalah berdasarkan taulid :

        i.      bentuk kepala (rujuk kepala fa)

        ii.      bentuk tengkuk dan lengkung (rujuk tengkuk atau taring nun)

 

ü      Di awal perkataan :

o       Rujuk huruf fa (di awal perkataan)

 

ü      Di tengah perkataan :

o       Rujuk huruf fa (di tengah perkataan)

 

ü      Di akhir perkataan :

o       Ditulis sebagaimana huruf tunggal.

  • Huruf  ي  :

ü      ي tunggal :

o       perhatikan

         i.      bentuk kepala

         ii.      bentuk leher

         iii.      bentuk rongga badan ada sedikit persamaan dengan rongga nun.

 

ü      Di awal perkataan :

o       Rujuk huruf ba (di awal perkataan)

ü      Di tengah perkataan :

o       Rujuk huruf ba (di tengah perkataan) 

ü      Di akhir perkataan :

o       Ditulis sebagaimana huruf tunggal.

o       Kepalanya pendek daripada saiz asal, menyebabkan lehernya nampak panjang sedikit.

o       Huruf sebelumnya akan berubah

  

Bentuk Keempat : Bentuk Huruf Separa Bulatan (ج , ح , خ , ح , ع , غ , ع )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Persamaan pada setiap huruf ini ialah pada bahagian lengkung rongga perut.
  • Huruf  ج , ح , خ , ح    tunggal :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

 

ü        ج , ح , خ , ح  di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk atas huruf ini ditulis dengan menggunakan separuh mata pen. Manakala bahagian bawah ditulis dengan menggunakan sepenuhnya mata pen.

o       Bentuk ini berubah-ubah bergantung kepada huruf (menaik, mendatar atau menurun) yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak)

ü       ج , ح , خ , ح  di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk atas huruf ini ditulis dengan menggunakan separuh mata pen. Manakala bahagian bawah ditulis dengan menggunakan sepenuhnya mata pen.

o       Bentuk ini berubah-ubah bergantung kepada huruf (menaik, mendatar atau menurun) yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak)

o       Huruf sebelumnya akan berubah

 

ü      ج , ح , خ , ح di akhir perkataan :

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian ciri atau bentuk dalam keadaan tunggal

o       Sambungan huruf sebelumnya akan berubah sedikit.

o       Perhatikan kedudukan huruf yang turun, menaik dan mendatar.

  • Huruf ع , غ , ع   tunggal :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Kaedah taulid pada huruf ha diambil daripada bahagian lengkungan rongga badan huruf ha.

  • Huruf ع , غ , ع   (tunggal) :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Penulis bebas memlilih permulaan dalam penulisan huruf ini; mulakan dengan tengkuk atau topi.

o       Topi ditulis menggunakan dua langkah :

         i.      Lakar bahagian kiri topi dengan penuh mata pen sekadar dua titik ukuran.

         ii.      Lakar bahagian runcing dengan mengangkat bahagian bawah mata pen (guna bahagian atas sahaja) sehingga sampai kadar satu titik, kemudian tolak mata pen ke sebelah kiri sehingga memenuhi ruang kosong dalam kepala topi huruf tersebut.

 

ü      ع , غ , ع    di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk huruf ini berubah-ubah bergantung kepada huruf (menaik, mendatar atau menurun) yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak).

 

ü      ع , غ , ع   di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelumnya ada dua bentuk

o       Sambungan tersebut ditulis dengan menggunakan separuh mata pen.

o       Pastikan tidak lubang rongga di tengah-tengah kepala huruf ini

o       Sambungan dengan huruf selepasnya juga ada dua; guna penuh mata pen atau separuh (guna mata bahagian bawah)

 

ü      ع , غ , ع di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelumnya ada dua bentuk

o       Sambungan tersebut ditulis dengan menggunakan separuh mata pen.

o       Pastikan tidak lubang rongga di tengah-tengah kepala huruf ini

o       Sambungan dengan huruf selepasnya juga ada dua; guna penuh mata pen atau separuh (guna mata bahagian bawah)

o       Ditulis dengan mengekalkan sebahagian ciri atau bentuk dalam keadaan tunggal

o       Bahagian badan huruf ini ditulis secara taulid dengan badan semasa tunggal.

 

Bentuk Kelima : Bentuk Huruf Berekor (ر, ز , و , ؤ )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Persamaan pada setiap huruf ini ialah pada bahagian lengkung rongga perut.
  • Kaedah turun dan naik juga kaedah membuat runcingan tajam pada akhir hurut perlu diberikan perhatian
  • Huruf ر, ز   (tunggal) :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Ditulis dengan menggunakan kaedah taulid dengan taring huruf ba

ü      Badan huruf ini melengkung dengan kadar setengah titik, manakala panjangnya ialah tiga titik.

ü      Kaedah runcingan tajam dibuat apabila sebahagian badan huruf ini telah ditulis dengan kadar dua titik;

        i.      angkat bahagian bawah mata pen biarkan bahagian atas sahaja digunakan.

        ii.       tolak pen ke atas sebelah kiri sekadar panjang satu titk.

        iii.       tarik balik mata pen ke bahagian bawah hingga memenuhi bahagian yang tidak dilorek.

 

ü      ر, ز   di tengah dan di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk ini berubah-ubah bergantung kepada huruf yang bersambung (ditarik panjang atau tidak) dengan huruf-huruf ini,

o       Jika dua jenis huruf ini bertemu secara langsung maka huruf awal tidak dari bentuk yang sama

  •  Huruf و , ؤ (tunggal) :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Ditulis dengan menggunakan kaedah taulid dengan kepala huruf fa dan badan huruf ra – rujuk fa dan ra

ü      و , ؤ di tengah dan di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Ditulis sebagaimana huruf tunggal.

 

Bentuk Keenam : Bentuk Huruf Bersegi ( د , ذ , م , ه , ص , ص , ط , ظ )

  • Huruf د , ذ   tunggal dan di awal perkataan :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Kaedah taulid pada huruf ini diambil daripada bahagian lengkungan rongga badan huruf ba di awal perkataan yang bersambung dengan huruf wau.

ü      Bahagian tapak huruf ini mendatar dengan kadar dua titik.

ü      Pastikan taring di awal dan akhir huruf.

ü      د , ذ di tengah dan di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelumnya seperti berikut :

         i.      Huruf sebelumnya ditulis di atas garisan utama.

         ii.      Sambungan secara mendongak ke atas dengan kadar sendeng setengah titik dan tingginya sekadar dua titik.

         iii.      Angkat pen, buat sambungan terakhir dengan kaedah taulid bahagian tapak huruf ini yang tunggal.

          iv.      Pastikan tapaknya tidak menyentuh garisan utama dengan kadar satu titik dari atas

  • Huruf   م tunggal :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Penulis bebas memlilih bentuk huruf ini; dua bentuk – satu bentuk mempunyai satu kaedah penulisan manakala bentuk kedua mempunyai tiga kaedah penulisan

o       Langkah-langkah penulisan :

         i.      Mulakan dengan meletakkan bahagian depan mata pen (separuh mata pen)

        ii.      Buat bentuk taring seperti huruf dal (taulid).

        iii.     Tarik mata pen ke bawah sebelah kanan sekadar dua titik.

        iv.      Tolak mata pen ke atas dengan kadar tinggi setengah titik ke sebelah kiri. Dengan ini akan terbentuk lengkungan bertentuk V.

         v.      Angkat pen dan letakkan di bahagian bawah lengkungan V tadi (hujung akhir)

         vi.      Gunakan bahagian depan mata pen dengan menggerakkannya ke bawah sebelah kiri dengan kadar panjang dua titik sehingga membentuk ekor.

        vii.      Gerakkan mata pen ke kanan bahagian bawah ekor sehingga memenuhi ruang lorek ekor huruf ini.

 

ü      م    di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk huruf ini berubah-ubah bergantung kepada huruf (menaik, mendatar atau menurun) yang bersambung dengan huruf-huruf ini, juga bergantung kepada gaya penulisan (ditarik atau tidak).

ü      م di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelum dan selepasnya berbagai bentuk

ü      م di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelumnya berbagai bentuk

  • Huruf   ه  tunggal :
  •  

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Langkah-langkah penulisan :

         i.      Mulakan dengan menarik mata pen ke bawah sebelah kanan dengan kadar sendeng dan panjangnya satu titik. 

         ii.      Kaedah ini sama dengan penulisan huruf dal (taulid).

         iii.      Tolak mata pen ke kiri secara mendatar dengan jarak dua setitik setengah.

         iv.      Tolak mata pen ke atas dengan kadar tinggi setitik ke sebelah kanan sehingga tulisan bersambung dengan permulaan huruf tadi.

         v.      Gerakkan mata pen ke kanan bahagian bawah ekor sehingga memenuhi ruang lorek ekor huruf ini.

 

ü      ه   di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk huruf ini dinamakan ha mata kucing.

o       Langkah-langkah penulisan :

         i.      Gunakan kaedah taulid huruf dal (bukan sepenuhnya) kerana persamaan pada taring atas sahaja. (Semasa menulis pastikan separuh mata pen sahaja digunakan dari awal hingga akhir huruf ini).

         ii.      Tolak mata pen ke kiri sebelah atas dengan kadar setengah titik dari garisan utama sehingga menjadi bentuk V.

         iii.      Buat bulatan di dalam lengkungan V tadi seperti kepala fa di tengah perkataan (rujuk huruf fa).

 

ü      ه   di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Bentuk huruf ini berbagai-bagai (tiga bentuk) bergantung kepada keadaan dan gaya penulisan. (sila beri perhatian)

 

ü        ه di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Kaedah sambungan dengan huruf sebelumnya diambil daripada kaedah huruf dal di akhir perkataan (lihat grafik dan rujuk huruf dal)

o       Buatkan kepala huruf ini dengan menyambung baris mati yang diterbalikkan  

  • Huruf   ص , ص , ط , ظ:

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Persamaan pada setiap huruf ini ialah pada bahagian kepala.

ü      Kesemua bahagian huruf ini ditulis dengan menggunakan sepenuh mata pen. Hanya condong mata pen berbeza bila mula menulis dengan kadar 45 darjah.

ü      Bahagian lain huruf ini ditulis dengan kadar condong mata pen biasa.

  • Huruf ص , ص    tunggal :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Bahagian kepala ditulis melonjong dan bersudut seperti bola ragbi.

ü      Sambungan dengan lengkungan pada bahagian belakang huruf ini adalah sama dengan sambungan huruf tertentu dengan huruf nun (rujuk huruf nun)

 

ü      ص , ص    di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf tunggal.

o       Sambungan perut atau lengkungan huruf ini dengan huruf seterusnya dibuat tanpa taring (lekukan lembut) dengan kadar panjang lekukan dua titik

ü      ص , ص    di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf ini di awal perkataan.

o       Sambungan huruf ini dengan huruf sebelum dan selepasnya bergantung kepada huruf sambungan itu dan gaya tulisan penulis.

o       Pastikan jarak huruf sebelumnya dengan huruf ini satu titik sahaja.

ü      ص , ص    di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf ini di tengah perkataan dan huruf tunggal.(gunakan taulid)

  • Huruf ط , ظ  tunggal :

ü      Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan, aliran dan ukuran huruf-huruf tersebut.

ü      Bahagian kepala ditulis melonjong dan bersudut seperti bola ragbi. (rujuk huruf sad)

ü      Lidah hujung huruf ini di tulis sebagaimana kaedah meruncing mata huruf ra (rujuk huruf ra)

 

ü      ط , ظ    di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf tunggal.

o       Sambungan huruf ini dengan huruf seterusnya dibuat mengikut keadaan huruf sambungan itu.

ü      ط , ظ    di tengah perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf ini di awal perkataan.

o       Sambungan huruf ini dengan huruf sebelum dan selepasnya bergantung kepada huruf sambungan itu dan gaya tulisan penulis.

o       Pastikan jarak huruf sebelumnya dengan huruf ini satu titik sahaja.

ü      ط , ظ   di akhir perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk huruf ini di tengah perkataan dan huruf tunggal.(gunakan taulid)

 

Bentuk Ketujuh : Bentuk Huruf Bergigi ( س , ش )

  • Lihat grafik dan perhatikan bentuk, kaedah penulisan dan ukuran huruf-huruf tersebut.
  • Kedua-dua huruf ini mempunyai persamaan dalam semua aspek (bentuk, kaedah penulisan, aliran mata pen dan ukuran-ukuran huruf)
  • Huruf س , ش   tunggal :

ü      Dua langkah menulis :

        i.      Menulis gigi huruf

       ii.      Menulis badan (seperti huruf sad – taulid)

 

ü      Gigi pertama dan gigi kedua tidak sama dari garisan utama; gigi pertama terjongket sedikit dari garisan utama sekadar separuh titik, manakala gigi kedua

ü       berada seperempat titik dari garisan utama (lebih dekat dengan garisan utama)

ü      Gigi pertama ditulis berdasarkan kaedah taulid huruf ba di awal perkataan ( ba + ba/ta/sa sahaja)

ü      Bahagian tapak gigi pertama ditulis menggunakan separuh mata pen dengan menolak pen ke sebelah kiri atas sekadar setengah titik ( diukur dari luar gigi pertama ).

ü      Gigi kedua ditulis dengan sambungan bertaring keluar dari hujung tapak gigi pertama, turun ke bawah (melengkung kemudian mendatar) menggunakan penuh mata pen sekadar satu setengah titik.

ü      Sambungan pada badan dibuat sebagaimana sambungan huruf nun di akhir perkataan (lihat grafik atau rujuk huruf nun). 

ü      س , ش   di awal perkataan :

o       Perhatikan bentuk-bentuk huruf

o       Rujuk bagaimana gigi-gigi ditulis.

o       Bahagian mendatar pada gigi kedua dipanjang setengah titik daripada asal menjadi dua titik.

o       Sambungan badan pada gigi tadi di buat dengan meletakkan pen pada bahagian dalam dataran gigi kedua sekadar setengah titik. Sambungan dibuat dari sebelah atas dataran dalam bentuk taring (selain huruf jim, mim, ra, ha dan ya.

ü      س , ش   di tengah perkataan :

o       rujuk huruf ini di awal perkataan.

o       Sambungan dengan huruf sebelumnya dibuat dengan memendekkan sedikit gigi pertama sekadar setengah titik.

ü      س , ش   di akhir perkataan :

o       rujuk huruf ini di tengah perkataan dan huruf tunggal.

 

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.

Free hosted e-commerce Webnode