SEJARAH KHAT NASAKH
SENI KHAT NASAKH
Seni Khat mempunyai kedudukannya yang tersendiri bagi masyarakat Islam dan tamadunnya. Bermula dari turunnya wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W, masyarakat Islam mula memberi perhatian yang khusus kepada bacaan dan tulisan. Tulisan kemudiannya berkembang dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik; bukan sahaja boleh dibaca tetapi lebih jelas dan kemas, bersistematik bahkan mampu menarik perhatian manusia lantaran keindahan
Seni Khat telah memberikan sumbangan yang besar kepada tamadun Islam secara keseluruhannya. Ia menjadi mangkin perkembangan ilmu naqli dan akli, ilmu keduniaan dan keakhiratan. Peranan Seni Khat yang teragung ialah apabila ia digunakan untuk menulis wahyu Allah bagi tatapan seluruh umat Islam, yang menjadikannya sebagai satu cabang seni dan ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu sendiri.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun di
Sejarah Khat Nasakh
Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad S.A.W. (Ibrahim Damrah, 1987) Tulisan ini melalui proses pengindahannya secara berperingkat-peringkat. Pada kurun
ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah - Ali bin Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah, telah memperhaluskan tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ibnu Muqlah sendiri pada asalnya menamakan khatnya ini sebagai al-Badi' tetapi dikenali oleh ramai sebagai Nasakh, mungkin lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima.(Maarof Zuraiq, 1985). Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Semasa pemerintahan Atabikah (545 H) khat ini seterusnya melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh. Lantaran sumbangan Atabik tersebut, ada yang menggelar khat ini sebagai 'Khat Nasakh Atabik'.
Atabikah telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Khat Nasakh Di zaman ini selain melengkapkan keindahannya, mereka dikatakan sebagai yang bertanggungjawab menggantikan Khat Kufi kepada Khat Nasakh dalam penulisan al-Qur'an. Lebih dari itu, ia bukan sahaja digunakan dalam penulisan al-Qur'an, bahkan telah tersebar di timur dan barat dunia Islam, digunakan untuk pelbagai peranan dan di atas pelabagi media, menjadikan Khat Kufi mula dilupai atau kurang diminati.
Mengapa Dipanggil Nasakh
Nasakh Klasik dan Nasakh Akhbar
• Nasakh Klasik
Nasakh jenis ini merupakan
• Nasakh Akhbar
Nasakh Akhbar merupakan
Selain dan pendapat pertama, ada pengkaji yang menjelaskan punca khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh ialah kerana peranannya. Ia telah me'nasakhkan yang beerti menghapuskan atau menggantikan penggunaan khat Kufi dalam penulisan wahyu Allah iaitu al-Qur'an. Setelah kemunculan khat Nasakh, khat Kufi tidak lagi digunakan untuk menulis al-Qur'an tetapi tempatnya telah diambil alih oleh Khat Nasakh.
Khat Nasakh Dalam Pertandingan
Sebagai satu jenis khat yang terlibat secara meluas dalam pendidikan, Khat Nasakh sering menjadi pilihan untuk dipertandingkan terutama di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat lebih dewasa.
1. Memahami dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Adalah perlu bagi peserta memahami peraturan yang ditetapkan, termasuklah dari penggunaan rasam Uthmani jika menulis ayat al-Qur'an dan pelbagai peraturan lain. Biasanya Khat Nasakh disempumakan dengan baris bacaan kecuali dalam menulis Jawi. Kaedah tulisan merupakan perkara yang paling penting untuk dijaga. Jangan sesekali mencampur adukkan dengan khat yang lain.
2. Bentuk yang dipilih dan ruang yang disesuaikan
Penulis sebaiknya merancang bentuk tulisan. Perlu tulisan itu disusun dengan keseimbangan dari segi bentuk, ruang dan keserasian perhiasan agar menjadi lebih menarik.
3. Ragam hias hendaklah tidak terlalu besar hingga mengganggu tulisan asal.
Begitu juga dengan tulisan Basmalah dan Sodaqallah, hendaklah ditulis dengan saiz yang kecil atau sederhana sahaja kerana fokus adalah kepada ayat yang ditentukan (Jainal Sakiban, 2000)
Penutup
Sesungguhnya Khat adalah tinggalan khazanah yang berkait secara langsung dengan al-Qur'an. Minat yang dipupuk terhadap seni Khat adalah diharapkan menjadi satu langkah dalam mendekatkan seseorang dengan khazanah al-Qur'an. Seharusnya Umat Islam tidak mencari keindahan di luar Islam kerana ia adalah agama yang lengkap bahkan juga melengkapkan keperluan kehidupan umatnya. Umat Islam juga seharusnya sentiasa merujuk kepada panduan al-Qur'an dan pimpinan Nabi agar membuat pertimbangan yang tepat dalam segala jurusan hidup mereka termasuk dalam bidang seni. Dengan menghalusi seni ini diharapkan akan menanamkan rasa cintakan Islam dan jangan pula berIaku sebaliknya, mengkaji Islam hanya kerana minatkan seni. Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan sukakan keindahan.
Rujukan
• Ibrahim Damrah, 1987, ai-Khat al-Arabiy,
• Ismail & Lois Lamya al-Faruqi, 1986, The Cultural Atlas of Islam,
• Maarof Zuraiq, 1985, Kaifa Nu'allimu ai-Khat al-Arabiy, Damsyiq: Dar aI-Fila
• Kertas kerja al-Bahi Ahmad Muhammad, 1993, AI-Khat al-Arabiy, Madrasah Tahsin al-Khutut, Bab al-Sya'riyyah, Kaherah.
• Kertas kerja Haji Jainal Sakiban AI-Jauhari, 1998-2000, Seni Khat: Sejarah dan Perkembangannya, Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor.
• Ahmad Sabri,1999, Tarikh ai-Khat al-Arabiy, Kaherah: Dar al-Fadilah