PUNCA ANAK DERHAKA

19/01/2010 05:52

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah ada guru yang kurang bermoral?

“Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau  dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya.

Sabda nabi saw, “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan  rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukul.”

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda  penghargaan . Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi  selalunya usia beginilah ibu bapa mula renggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan, anak-anak harus dilatih sembahyang  jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

“Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumah  tangga. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik  ke  ruma h suka, dan pergi sekolah pun seronok.

“Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,” katanya lagi.

 

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL 

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka  bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan onang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.

Jawab Sayyidina Umar, budak-budak kecil tidak berdosa dan doa  mereka Mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau jumpa budak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun  anak anak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka  mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

 

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT 

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat.  Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya anak derhaka dan melawan mereka?

“Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak dan bacakan ayat-ayat  suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. “Sedekah ke masjid atas nama ibu. Walaupun ibu sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

“Allah maha pengampun dan luaskan rahmatnya. Tetapi jangan ambil  kesempata n buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram. Lebih teruk lagi, Allah tunjukkan dalam bentuk bala.

“Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari.  Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah  yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan,  jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan

dengan ibu ? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak  rugi jalin hubungan yang baik kerana hayat orang tua bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

 

HUBUNGAN DENGAN BAPA 

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

“Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetE0pi dalam  konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi sunuh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.

“Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati.Begitu juga dengan nenek,  walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan  mereka. “Sebenannya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghorma ti golongan tua.”

 

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

“Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua  sendini. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?”

“Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap  mentua yan g terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Tuan Ibrahim juga menjelaskan, kewajipan anak lelaki, pertama  kepada  Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

“Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan  ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas  menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari,

Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah  isteninya pun tidak kenal dengan mentuanya. “Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum  balik d ia

berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isteninya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

“Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita ya berakhlak, lalu diceraikan. “Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak  mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik  hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik  dan jangan ditukar kepada yang lain.”

Tuan Ibrahim berpesan, “Ibu-ibu tolong maafkan anak-anak dan  Doakan keselamatan mereka. Memang anak-anak yang degil dan tidak mendengar kata, itu ujian Tuhan Berdoalah kepada Allah semoga bila usia anak meningkat perangainya berubah :

“Jika masih tidak berubah, berdoa lagi moga-moga berubah selepas kahwin Sekiranya tidak berbeza, sebelum meninggal tulislah wasiat kepada anak-anak. Tolong jangan tinggal sembahyang dan jadilah anak yang soleh. Ibu-ibu juga Amalkan surah Toha ayat satu hingga enam kerana ia mujarab melembutkan hati anak-anak.”

 

WANITA JUN 1997

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.