KHAT REQ'AH

21/01/2010 08:24

 

 

 PENGENALAN KHAT RIQ'AH

Pengenalan

Khat Riq'ah dikenali juga dengan sebutan Khat Riq'ah. Merupakan tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat. Oleh itu khat jenis ini seringkali digunakan untuk tujuan surat menyurat dan digunakan juga oleh para pelajar unversiti dan madrasah untuk mengambil kuliah

 

Khat Riq'ah 

  • Khat Riq'ah merupakan khat yang paling mudah.
  • Mizan Khat Riq'ah ialah dari 45o hingga 90o mengikut segitiga
  • Semua huruf Khat Riq'ah ditulis di atas garisan kecuali huruf

                  ( ع، غ، غ، ح، خ، م، ج، ههه    )

  • Huruf Khat Riq'ah tidak boleh di Irsal kan ( di tarik panjang ).
  • Khat Riq'ah tidak mempunyai baris.
  • Jarak di antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan ialah satu titik tepat.
  • Satu titik pada huruf-huruf dalam Riq'ah ialah setengah titik tepat.
  • Bentuk dua titik:
  • Bentuk 3 titik:
  • Semua huruf terbentuk daripada satu titik, dua titik dan tiga titik
  • Semua huruf yang berkepala tidak mempunyai lubang (fa qaf dan wau)

HURUF MENEGAK اك ك ل لا)           (

1          Huruf (  ا   )

ü      Cara menulisnya ialah dengan meletakan mata pen dengan kadar 45 darjah dan ditarik dari atas ke bawah sekadar tiga titik.اHuruf alif perlu dicondong sedikit dari kanan  kekiri

ü      Huruf (  ا  ) diakhir ditulis dengan menarik dari bawah ke atas sekadar empat titik daripada garisan.

2      Huruf (     ك       )

ü      Huruf (        ك       ) tunggal ditulis dengan menulis huruf (   ا       )

dengan kadar tiga titik kemudian disambung dengan jisim (      ب        )

kemudian diteruskan dengan menulis bentuk tiga titik khat Riqah seterusnya membentuk huruf (      د       ).

ü      Huruf (       ك       ) pada permulaan

·        Huruf (       ك         ) bersambung dengan huruf menaik dengan menulis huruf separuh (Ha Tunggal) .

·        Huruf ( Khaf ) bersambung dengan huruf mendatar dan menurun dengan cara menulis huruf ( ا) dengan kadar dua titik

ü      Huruf (   ك di tengah ) ditulis dengan menarik mata pen dari bawah ke atas dengan kadar tiga  titik Kemudian ditulis Kepala dengan ditarik dari atas ke bawah. dengan sendeng dari kanan ke kiri sekadar dua titik.

ü      Huruf (Khaf diakhir) dengan tidak mengubah struktur asal bentuk huruf Khaf tunggal.

ü      Huruf (ga) ditambah titik di atas kepala (ا)

3      Huruf ( ل)

ü      Huruf lam tunggal ditulis dengan menulis huruf ( ل) dan disambung dengan kasah nun

ü      Huruf lam permulaan

·      Huruf (ل) bersambung dengan huruf menaik dan mendatar dengan menulis huruf ( ا ) tiga titik..

·      Huruf (ل) disambung dengan huruf menurun dengan menulis bentuk huruf alif sekadar dua titik.

ü      Huruf (ل) pada pertengahan perkataan dengan menulis dari bawah ke atas sekadar tiga titik.

ü      Huruf (ل ) pada akhir dengan tidak mengubah struktur huruf asal lam.

 

4     Huruf Lam Alif ( لا )

ü      Dengan menulis bentuk huruf alif ( ا ) sekadar dua titik kemudian disambung dengan bentuk dua huruf ra kemudian menulis huruf Alif dengan kadar dua titik. Jarak dua huruf Alif sekadar dua titik.

ü      Huruf lam Alif pada akhir kalimah dengan menulis huruf Alif dari bawah ke atas dengan kadar satu titik setengah kemudian disambung dngan huruf dua huruf Ra. kemudian menulis huruf Alif dengan kadar dua titik. Jarak dua huruf Alif sekadar dua titik.

 

HURUF MENDATAR (     ( ب، ت ، ث ، ف، ف

1. Huruf Ba’, Ta’, Tha’

ü      Huruf Ba’, Ta’, Tha’ mempunyai dua bentuk.

·        Dengan menulis bentuk huruf dal kemudian diteruskan dengan sekadar satu titik kemudian ditulis bentuk huruf Dal yang diterbalikkan yang mempunyai taring.

·        Dengan menulis seperti huruf Sin tanpa gigi kemudian ditulis bentuk huruf Dal yang diterbalikkan yang mempunyai taring. Pada permulaan perlu diletakkan gigi sekadar satu titik.

 

ü      Huruf Ba’, Ta’, Tha’ pada permulaan.

·        bertemu huruf menegak dengan menulis dari kanan ke kiri sekadar satu titik.

·        Bertemu dengan huruf mendatar ( lihat grafik ).

·        Bertemu huruf menurun dengan menulis bentuk titik tiga Khat Riq’ah.

ü      Huruf Ba’, Ta’, Tha’ pada pertengahan.

·        Ditulis dengan bentuk gigi Sin.

·        Jika terdapat tiga huruf Ba’, Ta’, Tha’ berturut-turut. Huruf yang kedua perlu ditulis dalam bentuk Alif dengan kadar satu titik setengah.

ü      Huruf Ba’, Ta’, Tha’ pada akhir.

·        Dengan menulis seperti huruf Sin tanpa gigi kemudian ditulis bentuk huruf Dal yang diterbalikkan yang mempunyai taring.

 

2. Huruf Fa’ dan Pa’

ü      Huruf Fa’ dan Pa’mempunyai satu bentuk.

·        Dengan menulis bentuk huruf dal kemudian diteruskan dengan sekadar satu titik kemudian ditulis bentuk huruf Dal yang diterbalikkan yang mempunyai taring. kepala Fa’ hanya perlu dilukis.

ü      Huruf Fa’ dan Pa’ pada pertengahan dan akhir tidak mempunyai lubang.

ü      Huruf Fa’ dan Pa’ pada pertengahan dan akhir.mempunyai lubang.

 

HURUF BEREKOR 

Huruf ( ز، ر، و، ؤ   )

1. Huruf Ra’ dan Zai.

ü      Dengan meletak mata pen bahagian atas kemudian menurun sendeng ke kiri sekadar dua titik kemudian dihitamkan bahagian kosong yang dilukis.

ü      Huruf Ra’ pada akhir tidak mengubah struktur asal huruf Ra’ .

 

2. Huruf Wau dan Vi

ü      Dengan menulis bentuk titik tiga yang kecil dan disambung dengan bentuk ekor huruf Ra’.

ü      Huruf pada akhir tidak mengubah struktur asal huruf Ra’ .

 

HURUF BERSEGI

Huruf ( د، ذ، م )

1. Huruf (د ذ).

ü      Dengan menulis bentuk nombor 1 kemudian ditarik menurun dari kanan ke kiri dengan kadar satu titik.

ü      Huruf Dal pada akhir mempunyai gigi yang dinaikkan setengah titik kemudian disambung dengan menulis seperti huruf ra tunggal

 

2. Huruf (م )

ü      Hufuf ( م) tunggal ditulis dengan membentuk satu titik,kemudian ditarik pada hujung titik secara menurun dari kiri kekanan sekadar dua titik.seterusnya membuat bentuk alif dengan condong sebelah kiri.

ü      Huruf (م ) pada permulaan ditulis seperti bentuk huruf mim tunggal.

 

HURUF MELENGKUNG DAN BUJUR

(ن ن ق ي سhuruf

1. Huruf ( nun nya)

ü      Huruf nun tunggal ditulis seperti nombor satu,kemudian di tarik menurun sekadar satu titik, seterusnya dinaikkan dan disambung titik tiga riqa.

ü      Huruf nun pada tengah ditulis seperti gigi sin.

ü      Huruf nun pada akhir ditulis dengan tidak mengubah struktur huruf yang asal.

 

2. Huruf (ق)

ü      Huruf qaf tunggal ditulis kepala wau kemudian disambung kasah nun.

ü      Huruf qaf pada awal tidak mempunyai lubang.

ü      Hhuruf qaf ditengah mempunyai lubang.

ü      Huruf qaf pada akhir tidak mempunyai lubang dan ditulis dengan bentuk huruf tunggal.

 

3. Huruf (ي)

ü      Huruf ya tunggal, Kepala ya ditulis seperti nombor dua arab kemudian disambung dengan kasah nun

ü      Huruf ya pada awal ditulis seperti huruf ba dan nun

ü      Huruf ya pada tengah ditulis seperti gigi sin

ü      Huruf ya yang bersambung sebelumnya dengan huruf menegak,tidak perlu ditulis nombor dua.

 

HURUF BUJUR ( SAD DHOD THA ZHA)

1. Huruf (sod )

  • Ditulis bentuk tiga titik,
  • Disambung huruf ba bertaring
  • Seterusnya kasah nun

2. huruf dhod

  • Ditulis bentuk tiga titik
  • Disambung huruf ba bertaring
  • Seterusnya bentuk nombor lapan
  • Akhir sekali bentuk tiga titik

3. huruf (tha )

  • Ditulis bentuk tiga titik
  • Disambung dengan huruf ra yang dipanjangkan sedikit
  • Seterusnya huruf alif di atas titik tiga

HURUF SEPARA BULATAN ( HA KHA AIN GHAIN NGA)

 

1. HURUF HA TUNGGAL

  • Kepala ha ditulis seperti huruf dal yang diterbalikkan.
  • Disambung dengan huruf alif yang dinipiskan sedikit
  • Seterusnya huruf ba yang dibuang taringnya 

Huruf ha pada permulaan mempunyai bentuk

  1. Kepala huruf ha seperti huruf ha tunggal. Huruf ini digunakan apabila bersambung dengan huruf menurun
  2. Ditulis seperti bentuk titik tiga dan disambung seperti betuk titik dua. Huruf ini digunakan apabila bersambung dengan huruf mendatar dan menegak.

 

Huruf ha di tengah dan di akhir

  • Ditulis seperti huruf ya yang bersmbung sebelumnya dengan huruf menegak 

2. HURUF AIN DAN GHAIN

 

1. HURUF AIN DAN GHAIN TUNGGAL.

  • Ditulis seperti huruf nombor dua
  • Disambung huruf alif yang dinipiskan sedikit
  • Seterusnya huruf ba 

2.HURUF AIN DAN GHAIN DITENGAH

  • Kepala ain pada tengah ditulis seperti satu titik.
  • Disambung dengan huruf mim

3. HURUF AIN DAN GHAIN PADA AKHIR

  • Kepala ain seperti ain ditengah
  • Disambung seperti ain tunggal
Back

Search site

Photo used under Creative Commons from John-Morgan  © 2010 All rights reserved.